Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014
PAPAN SUIS UTAMA 1. AM Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke bahagian-bahagian lain beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan. Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan disini. Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus, kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik. Fault level untuk PSU ialah 50kA (dahulu 43KA) atau 31MVA pada 415V untuk selama 1 saat (BS 5486). 2. JENIS Umumnya ada tiga jenis ...
Kejadian Kilat dan Alat Perangkap Kilat Kilat adalah satu bentuk nyahcas elektrik yang boleh dilihat dan mempunyai tenaga yang tinggi. Pancaran nyahcas elektrik ini boleh berlaku antara awan ke awan ataupun awan ke bumi dan biasanya diiringi dengan bunyi petir. Kilat biasanya berlaku ketika hujan ribut, letusan gunung berapi atau ribut pasir. Kilat mampu mencapai kelajuan 216,000 km/jam dan suhu mencecah 30,000 o C. Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kadar aktiviti kilat yang tertinggi di dunia dengan purata 180 hingga 300 pancaran kilat setahun. 80% pancaran kilat yang direkodkan di Malaysia adalah berkeupayaan 50 hingga 100 juta Volt dengan arus mencecah 20,000 Ampere. Awan   Cumulonimbus   (awan yang membawa hujan) memainkan peranan dalam kejadian kilat. Disebabkan pergeseran antara udara dan wap air, awan   Cumulonimbus   akan mengumpulkan banyak cas negatif dan cas negatif. Cas negatif akan berkumpul pada bahagian bawah awan. Permukaan bum...
Imej
kedudukan alat tambah dalam papan agihan kotak agihan 1 fasa bagi kfa industri papan agihan bagi litar demostik rccb gambarajah rccb rccb elcb 63 a mcb mcb ( singa pole and neutral busbar contoh sambungan busbar litar suis utama fius senarai alat tambah dalam  kotak sambungan di papan agihan dan contoh litar sambungan dalam kotak  agihan
PERLAKSANAAN UJIAN PEMASANGAN ELEKTRIK [DOMESTIC] PENDAHULUAN Setiap pemasangan elektrik hendaklah diuji dengan sebenar-benarnya sebelum ianya disambung kepada bekalan bagi memastikan ia dilakukan dengan selamat.ujian-ujian yang hendak dilakukan ini tidak merupakan satu jaminan lengkap bagi kualiti pemasangan itu untuk selamanya dan ujian kerap adalah perlu supaya pemasangan ini boleh disenggarak an dalam satu keadaan yang sempurna sepanjang hayatnya. Pemeriksaan dan pengujian adalah merupakan satu kemestian terhadap tiap-tiap sesuatu pemasangan elektrik.bekalan tidak boleh disambung sebelum ujian ini dijalankan. TUJUAN Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah memastikan bahawa sesuatu pemasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan pemasangan elektrik.undang-undang dan peraturan tersebut adalah lain:- Akta Jabatan Bekalan Elektrik Electricity (Board Supplies ) Rules,1949 Safety Regulations IEE Regulation For Electrical In...