Kilat adalah satu bentuk nyahcas elektrik yang boleh dilihat dan mempunyai tenaga yang tinggi. Pancaran nyahcas elektrik ini boleh berlaku antara awan ke awan ataupun awan ke bumi dan biasanya diiringi dengan bunyi petir. Kilat biasanya berlaku ketika hujan ribut, letusan gunung berapi atau ribut pasir. Kilat mampu mencapai kelajuan 216,000 km/jam dan suhu mencecah 30,000oC.
Malaysia
adalah antara negara yang mempunyai kadar aktiviti kilat yang tertinggi di
dunia dengan purata 180 hingga 300 pancaran kilat setahun. 80% pancaran kilat
yang direkodkan di Malaysia adalah berkeupayaan 50 hingga 100 juta Volt dengan
arus mencecah 20,000 Ampere.
Awan Cumulonimbus (awan
yang membawa hujan) memainkan peranan dalam kejadian kilat. Disebabkan
pergeseran antara udara dan wap air, awan Cumulonimbus akan
mengumpulkan banyak cas negatif dan cas negatif. Cas negatif akan berkumpul
pada bahagian bawah awan. Permukaan bumi pula mempunyai cas positif. Apabila
cas negatif pada awan Cumulonimbus terlalu
banyak, cas negatif tersebut akan tertarik ke arah cas positif (permukaan bumi)
dan ini akan membentuk laluan ion. Laluan ion akan mencari titik rintangan bumi
yang paling rendah (titik rintangan bumi yang paling rendah adalah tempat yang
paling mudah cas negatif mengalir ke bumi). Apabila laluan ion menyentuh bumi,
satu nyahcas elektrik iaitu kilat akan berlaku mengikuti laluan ion tersebut. Perlu
diingatkan, nyahcas kilat terbentuk dari bawah ke atas, bukannya dari atas ke
bawah. Ini kerana adalah sifat fizik arus elektrik yang mengalir dari cas
positif ke cas negatif. Rujuk gambarajah di bawah. Panahan
kilat boleh menyebabkan kematian, kebakaran dan kerosakan pada struktur
bangunan dan peralatan elektrik atau elektronik. Oleh itu, pemasangan peranti
perlindungan kilat adalah sangat penting untuk mengelakkan kejadian yang tidak
diingini.
Alat
perangkap kilat (lightning arrestor) adalah peranti perlindungan
kilat yang biasa dipasang pada struktur bangunan yang tinggi. Alat ini
menyediakan titik rintangan bumi yang paling rendah dan akan menarik cas
negatif daripada awan Colomonimbus untuk membentuk laluan ion. Kilat akan
menyambar pada terminal alat penangkap kilat dan terus dialirkan ke bumi.
Dengan adanya alat ini, kilat tidak akan menyambar ke tempat yang tidak
diingini dan seterusnya mengelakkan kerosakan harta benda.
Secara
asasnya, alat perangkap kilat ini terdiri daripada 3 komponen utama: terminal,
konduktor dan rod pembumian. Terminal biasanya dipasang pada bahagian paling
atas stuktur bangunan, konduktor adalah untuk mengalirkan arus elektrik
daripada kilat ke bumi, manakala rod pembumian adalah untuk menyambungkan
konduktor ke bumi. Rod pembumian ini hendaklah ditanam sehingga mendapat nilai
rintangan bumi yang rendah. Mengikut dokumen Malaysia Standard MS IEC
61024-1-1:2001, Perenggan 2.3.3.1 menyatakan nilai rintangan bumi untuk alat
perangkap kilat hendaklah di bawah 10 Ω. Oleh itu, rod pembumian hendaklah
ditanam sehingga nilai rintangan bumi bawah 10 Ω diperolehi.
Ulasan
Catat Ulasan