apa itu elektrik
Tajuk : Apa itu “elektrik” ?
Elektrik ialah pengaliran elektron di antara dua titik, apabila terdapat
perbezaan tekanan di antara dua titik itu.
Semua jirim terdiri daripada beribu-ribu atom. Di pusat atom terletak nukleus.
Di keliling nukleus ada kumin dinamakan elektron. Elektron ini berlegar
mengelilingi nukleus seperti planet berlegar mengelilingi matahari. Tiap-tiap
elektron membawa satu cas negatif. Jika sesuatu atom seperti karbon
mempunyai enam elektron jadi atom ini mempunyai enam cas negatif. Tetapi
pada keseluruhannya atom adalah neutral iaitu tidak mempunyai cas. Ini
menunjukkan nukleus mesti ada enam cas positif untuk mengimbangkan
enam cas negatif. Pada amnya, sesuatu atom mempunyai cukup cas positif
bagi meneutralkan cas negatif elektron.
Elektron yang di luar sekali di dalam sesuatu atom mudah dipindahkan. Jika
sesuatu atom hilang satu elektron, iaitu cas negatif, atom tidak akan
berkeadaan neutral lagi. Atom ini dikatakan bercas positif, kerana atom itu
telah mempunyai lebih satu cas positif daripada cas negatif. Kadang-kadang
dalam keadaan yang tertentu elektron yang berada di luar ini tertarik kepada
atom yang lain. Elektron yang sempurna ini dinamakan arus elektrik. Rajah
1.1 menunjukkan satu atom karbon neutral dan Rajah 1.2 menunjukkan satu
atom yang bercas positif.
Elektron-elektron yang terkeluar dari orbitnya menimbulkan kekurangan
elektron di dalam atom yang telah di tinggalkan. Inilah akan menyebabkan
lebihan elektron di mana ianya berada. Bahan yang mengalami kekurangan
elektron menjadi cas positif, dan yang mempunyai elektron yang berlainan
akan menjadi cas negatif.
Apabila satu atom kehilangan satu elektron, ia akan kehilangan satu cas
negatif. Oleh itu bahagian atom yang telah di tinggalkan elektron akan
menjadi tidak seimbang secara elektrik kerana nukluesnya tetap positif seperti
dahulu, tetapi salah satu daripada pengimbang cas telah hilang. Oleh itu
hanya cas positif yang tertinggal. Benda yang bercas positif ini di namakan
ion positif.
Dalam bahan bahan pejal, ion-ion ini di kekalkan pada tempatnya oleh
struktur hablur bahan tersebut. Oleh itu ion-ion ini tidak bergerak seperti
elektron bebas. Walaubagaimanapun, di dalam cecair dan gas ion-ion boleh
bergerak seperti elektron dan menolong pengaliran arus.
Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang terhasil daripada pengaliran elektron. Manakala elektrisiti boleh ditakrifkan sebagai aliran zarah bercas negatif. Zarah bercas negatif (elektron) ini mengalir di atas objek atau sesuatu yang mengkonduksikan elektrik. Elektrisiti juga dikenali sebagai Arus. Secara asasnya, elektron akan mengorbit nukleus atom. Nukleus atom ini terdiri daripada zarah bercas positif yang digelar proton dan juga zarah neutral iaitu neutron.

Ulasan
Catat Ulasan