PENERANGAN :
Untuk melukis dan menentukan lukisan bentangan dalam pemasangan industri mengikut gambarajah bentangan, lukisan pendawaian dan lukisan skema, pelatih mesti memahami dan mengetahui setiap langkah-langkah yang perlu dilakukan mengikut turutan yang betul. Dengan ini ianya akan memudahkan untuk pelatih melukis dan menentukan lukisan bentangan. Di bawah ini dinyatakan langkah-langkah seperti berikut:-
a. Pelan Bentangan Domestik
Pelan Bentangan domestik menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman. Susun atur symbol piawai alat tambah pada pelan lantai adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Lagenda disediakan bersama-sama pelan bangunan bagi menunjukkan symbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah.
b. Pelan Bentangan Industri
Pelan bentangan industri menunjukkan lokasi alat kelengkapan di dalam bangunan yang besar seperti makmal, kilang, dan premis perdagangan. Pendawaiannya memerlukan perlindungan kerosakan mekanikal yang tinggi dan boleh menampung beban yang besar. Kaedah pendawainya menggunakan kondiut atau sesalur logam. Bilangan alat tambah dan kelengkapan elektrik pada plan bentangan industri adalah lebih banyak dan dari jenis tugas berat.
c. Pelan Susunatur
Perkara utama yang dimuatkan dalam lukisan ini adalah pelan susunatur senibina atau akitek.. Ternyata disini bahawa simbol-simbol senibina juga memainkan peranan yang penting dalam plan susunatur elektrik. Oleh itu kita digalakkan mengetahui simbol-simbol tersebut agar tidak berlaku salah faham dan kekeliruan.
Susunatur elektrik yang berupa simbol-simbol sebagaimana yang tertera dalam simbol Elektrik Piawai kemudiannya dimuatkan dalam lukisan yang telah dilukis symbol-simbol senibina mengikut keperluan tempat/ruang/bilik itu sendiri.

Ulasan
Catat Ulasan